TC Subaru tawar diskaun alat ganti kepada mangsa banjir

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru menawarkan diskaun kepada para pemilik kenderaan Subaru yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Menurut Eugene Tan, pengurus negara di TC Subaru Sdn B hd menjelaskan, "kami mahu membantu mana-mana pemilik kenderaan Subaru yang terjejas akibat banjir kilat, dan mahu memastikan kenderaan mereka kekal selamat dan pemanduan yang menenangkan minda walaupun selepas dilanda bencana.

Semua pusat servis Subaru bertauliah di seluruh negara akan menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus ke atas semua alat ganti kepada para pemilik kenderaan Subaru yang terjejas.

Para pemilik boleh menghubungi Subaru Careline Assist di 1800-22-9898 atau membawa sendiri kenderaan Subaru ke mana-mana pusat servis sah Subaru, sah sehingga 31 Disember ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…
Berita Domestik
Tawaran tersebut hanya eksklusif kepada para pelanggan Maybank yang mahu mencari sebuah Subaru…
Berita Domestik
Sistem telematik ini membawakan beberapa fungsi yang mementingkan keselamatan pengguna, seperti:…