TC Trucks buka pusat pameran Foton, JMC di Bukit Indah, JB

oleh Mohamad Hanif|
TC Trucks Sales Sdn Bhd telah melancarkan pembukaan bilik pameran bagi jenama Foton dan JMC yang terletak di Bukit Indah, Johor Bahru.

Lokasi yang dipilih amat strategik kerana populasi kawasan tersebut yang kian berkembang selain berdekatan dengan Singapura.
 

JMC


Terletak di Wisma Tan Chong, No. 2, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, bilik pameran berkeluasan 2,912 kaki persegi ini boleh memuatkan dua unit pameran trak komersial ringan dan trak pikap, serta ruang rehat pelanggan yang selesa.

Antara produk yang ditawarkan termasuklah trak tugas berat Foton Auman, trak tugas ringan Foton Aumark, dan trak pikap 4x4 JMC Vigus Pro yang mampu memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza.
 

Foton


Jualan trak-trak Foton dan JMC mula mencatatkan momentum sejak diperkenalkan sebagai alternatif kepada pengendali perniagaan dengan produk yang inovatif, boleh dipercayai, serta kebolehdapatan alat ganti dan servis.

Sehingga kini, TCTS mempunyai rangkaian 3S di bandar-bandar utama, termasuklah dua di Lembah Klang, tiga di Wilayah Selatan, tiga di kawasan Utara dan lapan di Malaysia Timur.

 


Waktu operasi bilik pameran di Bukit Indah adalah seperti berikut:
Isnin – Jumaat: 8.15am – 6.15pm
Sabtu – Ahad dan Cuti Umum: 10.00am – 4.00pm

Untuk pertanyaan lanjut atau sesi pandu uji, orang ramai boleh menghubungi bilik pameran di talian: 016-783 3344