TCEAS lancar aplikasi mudah alih 'DriveOn by TAN CHONG'

oleh Mohamad Hanif|
Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS) hari ini melancarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih kenderaan pertamanya yang dikenali sebagai DriveOn by TAN CHONG, khas untuk pemilik kereta Nissan, Renault dan Infiniti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aplikasi mudah alih DriveOn by TAN CHONG menawarkan kemudahan pada masa sebenar kepada para pemilik untuk merancang aspek penyelenggaraan kenderaan mereka.

Ia merangkumi:

1) Jadual temu janji servis – lihat slot tempahan temu janji secara langsung dan menjadualkan temu janji, dapatkan lokasi mana-mana daripada 60 pusat servis TCEAS dan tetapkan pusat servis kegemaran anda, serta navigasi ke cawangan terbabit.

Temu janji untuk menukar inflator beg udara Takata juga boleh dibuat menerusi aplikasi ini.

2) Rekod sejarah servis – lihat dan pantau rekod servis kenderaan anda
 


3) Maklumat servis – dapatkan maklumat Pakej Servis, alat ganti dan harga anggaran lebih awal

4) Peringatan tentang servis – pelanggan akan diingatkan apabila tarikh servis hampiri dan diberitahu apabila kereta sudah siap untuk diambil semula

5) Bantuan tepi jalan yang mudah – akses ke atas bantuan kecemasan tepi jalan dan pusat panggilan 24-jam untuk mendapatkan bantuan berkaitan kenderaan.

Aplikasi ini juga menyediakan maklumat ‘Do’s & Don’ts’ sekiranya pengguna terlibat dalam kemalangan.
 


6) Promosi aplikasi mudah alih sahaja – layak untuk menerima promosi yang hanya ditawarkan kepada pengguna aplikasi

7) Kemas kini promosi secara serta-merta – notifikasi mengenai promosi menarik atau acara akan datang

8) e-Majalah ‘Drive On’ – dapatkan berita dan perkembangan terkini Nissan, tip-tip pemanduan dan penyelenggaraan, di samping pelbagai topik yang menarik minat anda, keluarga dan rakan-rakan

9) GoCar Malaysia – tawaran tambahan untuk mendapatkan perkhidmatan GoCar apabila kereta anda sedang diselenggara

 


Aplikasi itu juga membolehkan beberapa buah kenderaan yang dimiliki oleh individu sama didaftarkan.

Boleh didapati secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store, pemilik kenderaan Nissan, Renault dan Infiniti dijemput untuk memuat turun aplikasi servis mudah alih DriveOn by TAN CHONG.

Sebagai sebahagian daripada kempen pelancarannya, 5,000 muat turun pertama yang berjaya dimuat turun dan didaftarkan bakal menerima diskaun sebanyak 5% ke atas alat ganti daripada TCEAS.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tceas.com atau hubungi Hotline Pusat Khidmatan Pelanggan di talian 1800-88-3838 untuk Nissan, 1800-88-8663 untuk Renault dan 1800-88-3330 untuk Infiniti.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kerjasama dengan pengendali titik pengecasan (CPO) seperti CDG Engie, City Energy Go dan…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti Shell Malaysia berkata, “dalam dunia hari ini yang…
Gaya Hidup
Pada tahun 2019, Porsche telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih yang tidak menyediakan mana-…