Teaser 2: Rekaan belakang Ford Ranger generasi baharu diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Setelah video teaser pertama didedahkan bulan lalu, kali ini Ford memuat naik sebuah lagi video teaser yang kedua di mana mereka menggantikan pelekat samaran dengan pelekat balutan badan yang lebih menampakkan rupa sebenar trak pikap Ranger generasi baharu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri yang terdapat pada Ford Ranger 2022 ini adalah seperti unit lampu LED yang telah direka semula, kehadiran sports bar di bahagian bed belakang, rekaan fender yang sedikit lebar, serta kehadiran antena sirip jerung.

Beberapa laporan mencadangkan Ford Ranger bakal ditawarkan dengan enjin 2.0 liter turbo, atau versi plug-in hybrid 362 hp dan 650 Nm yang menampilkan enjin 2.3 liter dan motor elektrik tunggal, sementara enjin lima silinder sebaris 3.2 liter akan dihentikan penawarannya.
 

Ranger


Sementara model Raptor pula dijangka akan ditawarkan dengan enjin petrol atau enjin diesel V6, bergantung kepada pasaran.

Walaupun Ford bakal memperkenalkan Ranger di peringkat global dalam masa beberapa minggu lagi, namun fasa jualan trak pikap generasi baharu ini diberitakan akan bermula pada tahun 2022.
 

Ranger


Malah, terdapat juga laporan yang mendakwa ia akan mula dijual selepas Julai 2023 setelah kilang Michigan memulakan produksi pada bulan Mei 2023.

Sebagai makluman, Ford Ranger juga berkongsi platform dengan Volkwagen Amarok dan dikatakan memiliki kitaran hayat selama lapan tahun sebelum digantikan dengan generasi baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Difahamkan, 5 Series Touring boleh didapati secara eksklusif di pasaran Eropah, Jepun dan Taiwan…