Sekeping gambar teaser turut didedahkan yang menampilkan garis badan yang bersegi, grafik LED yang agresif, rekaan gril buah pinggang yang besar, serta bampar dengan elemen biru - sama seperti model iX3 facelift.
Menurut Oliver Zipse selaku pengerusi lembaga pengurusan BMW AG, BMW X1 akan diperlihatkan pada penghujung tahun 2022 bersama-sama model mercu XM, 3-Series facelift dan juga SUV X7.
BMW iX1 dijangka membawakan teknologi eDrive generasi kelima dengan jarak operasi sekitar 412 km hingga 438 km (mengikut data WLTP).
Selain iX1, BMW turut menawarkan X1 dengan pilihan trenkuasa petrol, diesel, serta tidak ketinggalan versi plug-in hybrid, terima kasih kepada platform UKL/FAAR yang turut sama digunakan pada model-model kompak BMW dan MINI.