Teaser: Lamborghini Countach kembali!

oleh Mohamad Hanif|
Ini bukanlah kisah April Fool, apatah lagi bulan April juga sebenarnya sudah empat bulan berlalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Percaya atau tidak, Lamborghini telah mendedahkan bayangan bahawa sebuah model supercar Countach serba baharu bakal menjengah dunia dalam masa terdekat.

Berdasarkan video ringkas yang dimuatnaik menerusi laman Facebook, Lamborghini memaparkan beberapa babak yang memperlihatkan kelibat supercar baharu itu dari jauh dengan satu mesej ringkas, "The New Lamborghini Countach is Coming."

 


Gambar teaser yang dibekalkan juga turut memperlihatkan bentuk sebenar supercar yang tajam - sama seperti model yang terdahulu - dan 'ketiadaan' struktur sayap belakang mencadangkan bahawa Countach baharu ini mungkin mengambil inspirasi daripada model prototaip era 1970-an.

Setakat ini, tidak banyak informasi yang didedahkan oleh Lamborghini berkenaan Countach baharu, dan terdapat kemungkinan besar ia akan menampilkan trenkuasa hibrid, atau lahir sebagai sebuah supercar elektrik sepenuhnya.

Lamborghini Countach merupakan salah satu supercar ikonik yang lahir era 1970-an dengan penghasilan sebanyak 1,973 unit sahaja sepanjang tempoh 16 tahun produksi.

Ia juga merupakan salah satu rekaan eksotik yang dihasilkan oleh firma rekaan Itali Bertone yang mempopularkan bentuk supercar "Italian Wedge" yang serba tajam, serta ciri pintu gunting ketika prototaip pertama diperlihatkan pada tahun 1971. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Difahamkan, 5 Series Touring boleh didapati secara eksklusif di pasaran Eropah, Jepun dan Taiwan…