Teaser rasmi Purosangue didedahkan - SUV pertama Ferrari!

oleh Mohamad Hanif|
Ferrari akhirnya secara rasmi menyertai rakan-rakan pengeluar berprestasi tinggi di mana jenama Prancing Horse itu dijangka akan memperkenalkan SUV pertama mereka pada tahun ini yang akan memberikan saingan kepada Lamborghini Urus serta Aston Martin DBX707.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambar acah rasmi yang didedahkan baru-baru ini memperlihatkan rekaan sebenar SUV pertama Purosangue, sekaligus mengesahkan gambar intip yang terbocor beberapa minggu yang lalu.

Dari sudut hadapan, Purosangue menampilkan rekaan lampu utama yang terpisah, di mana bahagian atas merupakan lampu nyalaan siang sementara lampu utama terletak di bahagian bawah.
 

SSS


Rupa paras hadapan SUV ini mengambil inspirasi daripada model supercar SF90, sementara reka bentuk belakang pula membawakan elemen rekaan daripada model 296 GTB.

Tiada sebarang perincian trenkuasa, namun beberapa laporan media sebelum ini mengandaikan Purosangue bakal dilengkapi dengan enjin hibrid daripada model 296 GTB, terdiri daripada enjin 2.9 liter turbo V6 dan motor elektrik menghasilkan output keseluruhan setinggi 819 kuasa kuda.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ferrari (@ferrari)

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Gaya Hidup
Bukan itu sahaja, tempoh menunggu bagi model Ferrari Purosangue itu khabarnya mencecah sehingga dua…
Berita Global
Malah, sambutan terhadap model terbaharu Ferrari itu terlalu menggalakkan sehinggakan tempoh…