DCT :Dual Clutch Transmission (DCT) Penghantaran dwi-klac atau dwi-cekam ini kadang-kadang dirujuk sebagai transmisi klac-kembar adalah sejenis transmisi automatik yang menggunakan dua klac berasingan untuk set gear genap dan juga ganjil. Pada asasnya ia boleh digambarkan sebagai dua transmisi manual berasingan (dengan cekam atau klac tersendiri masing-masing) yang terkandung dalam satu rerumah, dan bekerja sebagai satu unit. Kedua duanya biasanya beroperasi pada mod automatik sepenuhnya, dan banyak juga yang mempunyai keupayaan untuk membolehkan pemandu untuk menukar gear secara manual dalam mod separa-automatik dengan menggunakan sistem elektrohidraulik yang terdapat pada sistem penghantaran ini. DCT membolehkan penukaran gear hanya dengan menekan suis untuk menaikkan atau menurunkan gear. Bagi motosikal pula sistem DCT juga bukanlah konsep baharu. Ia telah digunapakai pada beberapa model motosikal terpilih Honda sejak beberapa tahun yang lalu dan pertama kali diperkenalkan pada VFR1200 keluaran 2010. Apa yang menarik kini ialah buat pertama kalinya tahun ini ia nya turut ditawarkan pada model Honda Africa Twin yang dibina untuk kegunaan luar jalan dan juga di jalanraya biasa. Africa Twin turut ditawarkan dengan transmisi manual konvensional, seperti gambar di bawah ini, yang mampu dilihat perbezaan penutup klacnya berbanding penutup DCT di atas.