Teknologi baharu dari China ini mampu baca personaliti anda! Bijak atau menakutkan?

oleh Mohamad Hanif|
Kemajuan teknologi masa kini bukan sahaja memudahkan kebanyakan urusan manusia, akan tetapi ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang lebih menakutkan, seperti contoh membaca personaliti peribadi anda dengan tepat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Hal ini ditemukan oleh para jurutera BMW dengan kerjasama pengkaji dari kerajaan China yang telah membangunkan teknologi yang mampu membaca personaliti pemandu berdasarkan cara pemanduan mereka.

Menurut Zhu Tingshao dari Chinese Academy of Sciences' Institute of Psychology Beijing berkata, "kami hanya memerlukan koresponden memandu kurang dari 10 km sebelum mengenal pasti sifat keperibadian seseorang dengan tepat.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Zhu dan BMW China, lebih daripada 90 orang peserta telah diminta untuk memandu salah sebuah daripada kereta syarikat tersebut sejauh 15 km di dalam trafik bandar.

Data tersebut kemudian diperoleh menerusi komponen penderia yang dipasang untuk mengesan beberapa aspek seperti sudut pendikit bahan api, kelajuan, serta sudut roda stereng yang diaplikasikan, dengan penilaian pergerakan sebanyak 10 kali dalam setiap saat menggunakan bantuan kepintaran buatan (AI).

Menurut pengkaji, sistem AI mampu meneka personaliti setiap pemandu sama ada individu itu cenderung untuk cepat marah, atau berani untuk mengambil risiko dengan kadar ketepatan sehingga 88 peratus.

 


Dalam kertas kajian itu lagi, para pengkaji membuat rumusan personaliti pemandu mampu untuk meningkatkan prestasi serta tahap keselamatan kenderaan.

Dengan memasukkan lebih banyak penderia ke dalam sistem tersebut mampu meningkatkan lagi tahap ketepatan teknologi pengecaman personaliti ini, dan pada masa akan datang ia boleh dibina di atas cip silikon dan diintegrasikan kepada sistem komputer kereta.

Data-data tersebut biasanya diklasifikasikan sebagai data tidak sensitif, dan tidak dilindungi oleh regulasi atau undang-undang kerajaan serta boleh dibaca oleh seorang mekanik.

Namun menurut Zhao Yao, professor sains komputer di Beijing Jiaotong University menegaskan, "sesetengah individu tidak akan senang untuk memandu sebuah kereta yang sentiasa memantau perubahan tingkah laku mereka sepanjang pemanduan.

Adakah teknologi ini berguna untuk anda mempelajari diri sendiri? Atau anda sendiri sudah tidak kenal siapa diri anda saat memegang stereng?

Sumber: South China Morning Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal…
Berita Global
Aloi amorfus itu mengurangkan kehilangan tenaga sebanyak 90 peratus atau lebih bila dibandingkan…