TEKNOLOGI BATERI SOLID-STATE TIDAK SELAMAT?

oleh Firdaus Razani|
CATL, peneraju pembekal bateri litium-ion dunia dalam petikan laman Drive.au melabelkan bateri solid-state adalah tidak praktikal dan tidak selamat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif CATL, Dr Robin Zeng, memberitahu Financial Times bahawa teknologi bateri solid-state tidak boleh dipercayai, tidak mempunyai ketahanan dan menimbulkan isu keselamatan yang tidak dapat diselesaikan.

Bateri solid-state secara umum dilihat sebagai satu cara untuk menamatkan kebimbangan jarak pemanduan untuk kegunaan kenderaan elektrik.

Tambahan, Toyota mendakwa ia akan membolehkan jarak pemanduan sehingga 1200 kilometer selepas pengecasan hanya 10 minit untuk pengecasan penuh bateri.

Ia juga dikatakan lebih murah daripada bateri litium-ion, ia meningkatkan lagi kemampuan untuk mengeluarkan satu lagi halangan utama untuk pembelian untuk bakal pembeli kereta elektrik.

Namun janji-janji itu memberikan harapan palsu selepas bertahun-tahun penyelidikan dan pembangunan gagal memberikan bateri solid-state yang berdaya maju, menurut ketua CATL.

Toyota yang ketika ini banyak dikritik kerana terlalu perlahan memperkenalkan EV bateri berbanding pesaing namun masih dianggap sebagai peneraju dalam pembangunan teknologi bateri solid-state.

 

Baca laporan lanjut di drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Gabungan itu juga merupakan satu usaha untuk mencabar Jepun dan negara Barat dalam bidang teknologi…
Berita Global
Teknologi bateri solid-state dikatakan mampu merevolusikan kecekapan bateri, menawarkan julat…
Berita Global
Pembuat kereta Jepun itu mendedahkan rancangan itu dalam taklimat baru-baru ini di pangkalan…