Teknologi GWM yang perlu anda tahu - platform LEMON, TANK dan COFFEE Intelligence

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jenama automotif global berorientasikan teknologi, Great Wall Motors (GWM) perlu mempunyai asas yang kukuh dalam usaha untuk menjadi jenama terkemuka dunia.

Kira-kira tiga tahun yang lalu, syarikat automotif China itu tampil dengan sebuah platform modular yang pintar, dikenali dengan nama "LEMON" dan "TANK".
 

Platform LEMON

LEMON


Akronim bagi nama platform LEMON tersebut tidak didedahkan secara rasmi, namun ia merupakan sebuah platform modular yang menawarkan ciri-ciri seperti fleksibiliti, prestasi tinggi, ciri keselamatan menyeluruh serta ringan.

Ciri yang disebutkan itu memberikan kelebihan prestasi berkuasa tinggi serta kadar penggunaan tenaga yang lebih rendah.

Platform LEMON ini juga menawarkan empat pilihan trenkuasa yang boleh disesuaikan dengan kehendak pengguna, terdiri daripada:

  • Enjin pembakaran dalaman (ICE)
  • Hibrid
  • Elektrik Tulen
  • Sel Bahan Api Hidrogen

 

LEMON


Menurut GWM, kenderaan yang lahir dari platform LEMON ini akan mempunyai kelebihan dari segi kadar kecekapan haba 41 peratus untuk enjin konvensional, atau 42 peratus untuk trenkuasa hibrid di mana angka tersebut boleh ditingkatkan kepada 51.5 peratus menjelang 2025.

Sistem sel bahan api hidrogen generasi kedua yang dibangunkan oleh GWM dikatakan mampu mencapai jarak gerak paling jauh di dunia, sekitar 1,100 km dengan pecutan 0-100 km/j yang boleh dicapai dalam tempoh 4.56 saat sahaja.

 

Platform TANK

TANK


Sebuah lagi platform "TANK" dikhususkan untuk kenderaan kegunaan off-road yang menawarkan keupayaan berikut:

  • pilihan enjin 2.0 liter turbo/3.0 liter turbo GDIT
  • transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan (9AT)
  • kadar kecekapan haba mencecah 38 peratus
  • sistem pacuan empat roda pintar yang tahan lasak
  • kemampuan meredah air sedalam 965 mm (bergantung kepada model)
  • sistem suspensi aktif yang boleh dilaras sehingga 120 mm

 

Sistem Coffee Intelligence

kopi


Selari dengan perkembangan dunia semasa, GWM turut membangunkan sebuah sistem kepintaran kenderaan yang dinamakan sebagai Coffee Intelligence dengan membawakan tema 'menyuburkan kehidupan dengan teknologi' dan menggandingkan tiga aspek utama, iaitu interaksi, kepintaran buatan (AI) dan ekologi.

Ia menawarkan ciri pemanduan autonomi tahap 3 (SAE Level 3) dan boleh dinaiktaraf kepada SAE Level 4 atau tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.
 

kopi


Selain daripada keupayaan untuk mengesan keadaan persekitaran sehingga 720 darjah, Coffee Intelligence juga turut menyokong komunikasi 5G serta V2X (vehicle-to-everything) yang mampu mengintegrasikan sesebuah kenderaan GWM ke dalam sistem pengangkutan urban pintar.

Baca: Ora Lightning Cat bakal masuk Malaysia
Baca: Tank 500 - pesaing Land Cruiser
Baca: WEY Gaoshan - bakal saingi Alphard, sistem PHEV
Baca: HAVAL Fierce Dragon Max

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengunjung dan pembeli berpotensi bukan sahaja boleh melihat dengan lebih dekat, malah boleh juga…
Berita Global
Salah satu contoh yang ada ialah Toyota Tundra Hybrid yang dilengkapi dengan dengan enjin iForce…
Berita Global
Sehingga hari ini kami masih tidak pasti berapakah jumlah sebenar pengeluar automotif yang bertapak…