Teknologi jalan getah kan teruji di Temu Jodoh

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini sedang menilai kesesuaian turapan jalan yang menggunakan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (Cuplump Modified Asphalt — CMA).

IMG-20170509-WA0087

Lokasi cadangan teknologi ini ialah sepanjang sepuluh kilometer dari keseluruhan Projek Membina Semula Jalan Persekutuan FT001 dari Kampung Desa Temu Jodoh (Seksyen 134), hingga Kampung Kwong Sat (Seksyen 174) di Daerah Segamat, Johor. Laluan sejauh 40 km ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM92.3 juta termasuk menaiktaraf tiga buah jambatan serta pengalihan utiliti di laluan utama yang merupakan sebahagian FT 01 tersebut.

Penilaian akhir projek perintis itu akan dibuat bagi menentukan keberkesanan prestasi campuran getah dan bitumen itu. Pasukan penilai telah bersetuju untuk memendekkan tempoh kajian kepada satu tahun sahaja, iaitu sehingga akhir tahun ini. Antara kriteria penilaian yang akan diambil kira ialah dari segi kos pembinaan, aspek teknikal pembinaan dan ujian kekuatan campuran 'asphalt' baharu CMA tersebut.

IMG-20170509-WA0088

Teknologi turapan CMA dikatakan mampu menangani retakan dan aluran (rutting) dengan lebih baik berbanding turapan konvensional. Menurut Menteri Kerja Raya Dato' Seri Hj Fadillah Hj Yusof, ia juga diharapkan agar mampu membantu memberikan nilai tambah kepada industri getah khususnya pekebun kecil dalam kegunaan getah yang dihasilkan mereka. Getah beku atau cuplump yang juga digelar getah lantun di sesetengah tempat akan dicampurkan dengan getah tayar komersial yang dikisar serta getah cair bagi membentuk permukaan atas turapan jalanraya.

Sebelum ini teknologi turapan CMA tersebut telah diuji secara skala kecil di tiga tempat ia itu di Tampin Negeri Sembilan, Baling Kedah dan juga di Temerloh Pahang.

IMG-20170509-WA0086

Walaupun kos pembinaan jalan menggunakan CMA lebih tinggi iaitu RM53 se meter berbanding RM29 se meter jika menggunakan kaedah konvensional namun kos penyelenggaraan jalan CMA dijangkakan lebih rendah berbanding jalan konvensional. Untuk tempoh jangka panjang. pembinaan jalan menggunakan CMA mungkin lebih ekonomik memandangkan kos kitaran hayat jalan tersebut akan menjadi semakin murah.

Penggunaan teknologi turapan CMA akan dipertimbangkan secara meluas di seluruh negara oleh Kerajaan tertakluk kepada hasil laporan penilaian akhir CMA yang dijangka akan diketahui pada awal tahun hadapan (2018) jika ia benar-benar signifikan dan memberi manfaat dari aspek teknikal dan analisis kos.