Teknologi kamera AI mampu kurangkan kesesakan di plaza tol

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kesesakan di plaza tol bukanlah satu perkara baharu, biarpun rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan untuk menggunakan cara pembayaran kad Touch n Go, sistem SmartTAG yang lebih pantas, atau cara RFID yang lebih terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, sebuah syarikat tempatan Tapway mahu menyediakan solusi bagi mengatasi masalah kesesakan di plaza tol menerusi teknologi kamera dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut pengasas syarikat Tapway yang juga seorang jurutera aeroangkasa di Malaysia, Chee How Lim menjelaskan, dengan menggunakan teknologi kamera dan AI, sistem yang dibangunkan oleh Tapway ini mampu membaca nombor pendaftaran sesebuah kenderaan, selain menentukan kelas kenderaan, pembuat, dan jenis warna dalam masa 50 milisaat sahaja, walaupun kenderaan itu bergerak pada kelajuan sehingga 40 km/j menghampiri plaza tol.
 

triton


Tambahnya, dengan menggunakan pelayan NVIDIA Triton Inference, perisian VehicleTrack itu mampu beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu pada semua jenis keadaan cuaca dengan kadar ketepatan yang konsisten sehingga 97 peratus, di mana satu unit pemprosesan grafik (GPU) mampu mengendalikan 50 penstriman video secara serentak.

Setakat ini, PLUS telah memasang kira-kira 577 unit kamera dan merancang untuk menambahnya kepada 900 unit di 92 plaza tol bagi memastikan impian sistem tol aliran bebas menjadi satu realiti.

Sejak daripada tahun 2014, Tapway telah memasang 3,000 unit penderia di 500 buah lokasi di seluruh Malaysia dan Singapura. Selain itu, Tapway juga turut membantu pemilik pusat membeli belah bagi memahami tabiat pelanggan, dan membantu pengeluar seperti syarikat automotif dan syarikat minyak sawit untuk tujuan kawalan kualiti.

Sumber: NVIDIA

Berita Berkenaan

Berita Global
Walau bagaimanapun, fungsi ChatGPT itu tidak akan menggantikan sistem kilang VW, sebaliknya ia akan…
Berita Global
Syarikat yang berpengkalan di Shanghai itu juga bercadangan untuk membuang separuh dari tenaga…
Berita Domestik
Ia bertujuan untuk merakan kesalahan trafik dengan lebih teliti, seperti yang dijelaskan oleh…