Teknologi penimbang baharu JPJ cekup tujuh lori lebih muatan

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan dalam satu operasi yang dilakukan di Jalan Batu 28, Jenderam Hilir, Dengkil baru-baru ini telah menahan tujuh buah lori tanah yang disyaki melebihi berat muatan yang dibenarkan.

Selain daripada kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh, pelbagai kesalahan turut dikesan antaranya kenderaan terbabit dipandu pemandu asing, tiada lesen memandu dan lesen kenderaan barangan (GDL) serta gagal mengemukakan salinan permit perkhidmatan dan lesen pengendali.

Dalam masa yang sama, pihak JPJ turut menguji keberkesanan mesin penimbang mudah alih jenis Weigh-in-Motion (WIM) untuk mengenal pasti lori-lori yang disyaki melebihi had muatan yang dibenarkan.

Mesin mudah alih ini boleh diletakkan secara terus di atas jalan raya tanpa perlu lori-lori untuk berhenti bagi mendapatkan bacaan berat muatan. 

Dengan adanya pemerolehan set tambahan mesin WIM baru oleh JPJ kelak, para pemandu lori muatan ini perlu risau kerana JPJ tidak memerlukan lori anda untuk ditunda ke pusat penimbang atau pejabat JPJ berhampiran oleh kerana alat mudah alih ini mampu memberikan bacaan berat dengan lebih cepat dan lebih berkesan. 

Malah, para pengguna jalan raya kini boleh menarik nafas lega kerana ia mampu mengelakkan jalan raya umum daripada rosak teruk akibat perbuatan lori-lori yang melebihi had muatan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susulan itu sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sholihin…