Teksi elektrik London kini perluas kuasa 'menawan' Scotland

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi perjanjian yang ditandatangani oleh Union Motor Company bersama London Electric Vehichle Company, TX eCity, para pemandu teksi di Scotland bakal menerima teksi elektrik mereka bermula di bandar Edinburgh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Para penduduk bandar tersebut boleh mendapatkan khidmat teksi elektrik dari London itu menerusi aplikasi perkongsian kenderaan Gett. 


Union Motor Company telah memberikan khidmat teksi kepada bandar tersebut selama 22 tahun yang lalu dan dengan penggunaan teksi elektrik itu bakal memberikan satu anjakan kepada mereka dalam memberikan khidmat yang lebih baik di samping menjadi perintis kepada penggunaan teknologi terkini. 

Menurut salah seorang pemilik teksi elektrik, David McMillan berkata "teksi elektrik ini menawarkan pemanduan yang lancar dan selesa kepada para penumpang, mesra alam dan menjimatkan kos pengoperasian juga."

 


Tambahnya lagi, beliau kini mampu menjimatkan purata sebanyak £400 untuk kos bahan api selama sebulan selepas beralih menggunakan teksi elektrik tersebut, dan kos penyelenggaraan juga didapati menurun. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada terus memperkenalkan insentif bagi merapatkan jurang harga antara EV dan kereta ICE…
Berita Global
Menurut laporan daripada Straits Times, kumpulan pertama yang terdiri dariapda 300 buah teksi…
Berita Domestik
Syarikat perkhidmatan teksi, Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd (Big Blue) dijangka menggunakan teksi…