Teksi swapandu Baidu mula membanjiri Beijing

oleh HEZERI SAMSURI|
Teksi pandu-sendiri atau swapandu yang dikawal oleh teknologi AI kini mula menjadi satu kelibat norma di bandaraya Beijing.

Antaranya ialah teksi swapandu oleh Baidu, sebuah syarikat teknologi China yang berteraskan teknologi tinggi.

Baidu melancarkan operasi teksi swapandunya di Beijing pada November 2021 dan sekarang ini sudah ada beberapa syarikat melakukan yang sama.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Antara syarikat lain yang sudah memulakan operasi teksi swapandu di sana ialah Didi Chuxing.

Pada mulanya, seorang kakitangan syarikat akan duduk di tempat duduk pemandu untuk mengambil alih kenderaan sekiranya ada sebarang kecemasan tetapi sejak April lalu, mereka cuma duduk di tempat duduk penumpang hadapan sahaja.

Namun begitu, lima dari enam teksi swapandu Baidu masih mempunyai kakitangan yang duduk di belakang stereng sebagai pemerhati.

Tujuan teksi swapandu ini digunakan ialah kerana masalah teksi biasa di mana pemandu enggan masuk ke kawasan sesak atau perjalanan yang terlalu pendek kerana tidak berbaloi untuk pemandu.

 

 

Teksi swapandu mampu membuat 29 perjalanan dalam sehari, berbanding 30 dengan teksi biasa beserta pemandu.

"Sistem AI tidak akan melanggar undang-undang jalanraya dan tidak akan penat memandu di kawasan sibuk," ujar Wang Yunpeng, timbalan presiden dan pengurus besar teknologi swapandu Baidu.

"Ini akan mengurangkan kadar kemalangan sehingga 90 peratus," sambungnya.

Teksi swapandu juga lebih menguntungkan syarikat teksi kerana 60 peratus dari kos perniagaan adalah gaji pemandu. 

Masalah tetap wujud kerana harga sebuah teksi swapandu Baidu terlalu mahal - 480,000 yuan atau RM317,000 seunit, sama seperti harga sebuah Volvo XC60 di Malaysia!

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028…
Berita Global
Generasi kedua prototaip AWV itu kemudian diperkenalkan pada tahun 2021 dengan keupayaan membawa…