Teksi tanpa pemandu untuk disewa di Beijing

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Forbes
Teksi tanpa pemandu kini tersedia untuk disewa di pinggir bandar Beijing, menandakan lembaran baharu dalam industri pengangkutan pintar, Xinhua memetik laporan China Daily pada Isnin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Beijing pada awal Mac mengeluarkan lesen kepada gergasi teknologi China Baidu dan syarikat kenderaan autonomi Pony.ai untuk menjalankan perkhidmatan robotaxi tanpa pemandu sepenuhnya.

Kedua-dua syarikat itu, antara pemain utama dalam industri pemanduan autonomi China, masing-masing telah menggunakan 10 kenderaan autonomi di kawasan seluas 60 kilometer persegi di Yizhuang, yang terletak di pinggir selatan Beijing, menurut laporan itu.

Baidu merancang untuk mengembangkan perkhidmatan pengangkutan kenderaan autonominya ke 65 bandar pada 2025 dan 100 lokasi pada 2030.

Perkhidmatan teksi tanpa pemandu China dijangka mencecah 1.3 trilion (AS$188.6 bilion) menjelang 2030, mencakupi 60 peratus daripada pasaran pengangkutan negara pada masa itu.

Robotaxi juga dijangka membuka jalan bagi pembangunan kenderaan autonomi persendirian, yang berpotensi menjadi teknologi revolusioner serta mampu mengubah kehidupan orang ramai, kata pengarah urusan di perundingan Automotive Foresight yang berpangkalan di Shanghai, Yale Zhang.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkhidmatan yang dinamakan sebagai Apollo Go Robotaxi itu memulakan operasi pada 2 Mei di Shougang…
Berita Global
Projek tersebut akan menggunakan model minivan Toyota Sienna sebagai teksi sementara Aurora pula…