Civic RS tidak ditawarkan dengan kotak gear CVT dan enjin 1.5 liter VTEC Turbo menghasilkan 182 ps pada 6,000 rpm dan 240Nm dari 1,700 sehingga 4,500 rpm.
Selain Civic RS, satu lagi pilihan yang ada untuk kotak gear manual ialah Civic Type R.
Tidak hanya menjaja kotak gear manual, Honda melengkapi Civic RS dengan sistem padanan rev, stereng dan ampaian talaan khas. Cakera brek depan juga lebih besar.
Di Jepun, Civic RS ditawarkan pada harga 4,198,700 yen (RM119,408).
Dari segi latar belakang, majoriti pelanggan menaik taraf daripada Civic terdahulu dan kebanyakan pembeli RS terdiri daripada golongan berusia 20-an.
Civic e:HEV (hibrid) pula banyak dibeli pelanggan dalam usia 50-an.
Berikut ciri-ciri yang menerima maklum balas positif dari pelanggan:
- Pecutan dan pemanduan sporti kedua-dua Civic biasa dan e:HEV
- Pakej pada Civic RS seperti roda tenaga ringan, sistem padanan rev, ampaian, rasa kelincahan yang menyatukan pemandu dengan kereta
- Skrin dan sistem Honda CONNECT 9 inci dengan sambungan Google
- Dalaman baharu warna kelabu untuk e:HEV, bumbung suria panoramik (pilihan pada e:HEV EX)
- Prestasi Honda SENSING yang dipertingkat
Berikut pula nisbah tempahan:
Civic 1.5 liter VTEC Turbo
- LX: 2%
- EX: 5%
- RS: 67%!
Civic 2.0 liter e:HEV
- LX: 7%
- EX: 9%
Kotak gear
- 6MT: 67%
- CVT: 7%
- e-CVT: 26% (e:HEV)
Tiga warna teratas
- Platinum White Pearl: 40%
- Crystal Black Pearl: 23%
- Sonic Gray Pearl: 17%
Untuk makluman, Civic hatchback manual generasi sebelum ini ada dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pengimport bebas.
Bagi Civic RS terbaru pula perlu menunggu beberapa ketika. Kepada yang ingin tahu, badan Civic hatchback lebih langsing daripada Civic Type R.
Penulis: Muhammad Md Tajudin