Tempahan Honda Civic e:HEV RS kini dibuka!

oleh Penyumbang Rencana|
Honda Malaysia telah mengumumkan tempahan varian terbaru model hibrid Civic e:HEV RS telah pun dibuka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hironobu Yoshimura, varian terbaharu sedan segmen C itu menggunakan enjin 2.0 liter e:HEV dan transmisi Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT).


Menurut beliau, Civic generasi kesebelas yang dilancarkan pada awal tahun ini telah dijual sebanyak 6,000 unit sehingga September lalu dan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Civic dalam pasaran Honda Malaysia perkenalkan varian baharu dengan enjin 2.0 liter e:HEV.


Tambahnya, model e:HEV RS menjanjikan pemanduan yang mengujakan serta bergaya elegan.
 

 

Varian baharu ini ditawarkan hanya dalam satu pilihan spesifikasi sahaja, dan menjadi model Honda pertama yang menggunakan penggerak e:HEV 2.0 liter di negara kita.


Di bawah hud, terdapat enjin empat silinder  2.0L e:HEV mampu menjana 184PS dan daya kilas mencecah 315Nm. Kuasa tersebut disalurkan ke roda menerusi kotak gear e-CVT. Manakala Intelligent Power Unit (IPU) dikuasakan oleh bateri lithium-ion yang kompak dan ringan bersama keupayaan pengecasan 


Sekilas pandang, model hibrid RS kelihatan sama sahaja dengan Civic petrol RS! Cuma terdapat beberapa perbezaan seperti rim dua warna bersaiz 18 inci, kemasan warna biru pada logo Honda serta lencana e:HEV pada bahagian belakang. 


Selain daripada itu, Civic e:HEV juga mempunyai lebih banyak kemasan krom, termasuk pada gril hadapan, dalam lampu serta bingkai cermin.

 

smart key


Kelengkapan lain adalah sistem infotainmen Advanced Display Audio dengan skrin sesentuh 9.0 inci beserta Apple CarPlay tanpa wayar, Remote Engine Start serta pakej bantuan pemandu Honda Sensing. Dan buat pertama kali di Malaysia, Civic ini didatangkan dengan fungsi Smart Key Card Honda.


Pelanggan boleh membuat tempahan di pautan prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch atau mengunjungi mana-mana bilik pameran Honda, serta layari laman web: www.honda.com.my