Tempahan LEGO Creator Expert siri James Bond kini dibuka dalam unit terhad!

oleh Mohamad Hanif|
Portal online LEGO Store di Budapest kini membuka tempahan di dalam unit terhad bagi peminat siri James Bond, di mana mereka boleh mendapatkan LEGO Creator Expert Aston Martin DB5.


Tempahan Set LEGO Creator ini berakhir 29 Julai ini sementara stok masih ada dan akan mula dijual pada 1 Ogos 2018 pada harga sekitar 150 Euro (RM709++).


Pihak pengurusan LEGO Store Budapest juga menyebut setiap orang dihadkan kepada satu pembelian sahaja oleh kerana ia dikeluarkan di dalam kuantiti yang amat terhad. 

Selain daripada imej acah yang dipaparkan, tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan pek LEGO Creator edisi terhad ini. 

Anda boleh mula menempah set LEGO ini pada pautan di bawah

LEGO Store Budapest

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…
Berita Global
  Menurut Toyota, replika itu dibina di Republik Czech dengan menggunakan kepingan Lego sebenar…
Berita Global
Lego Wrangler ini menggunakan 665 blok untuk dibina, lengkap dengan gril 7-lubang, winch yang…