Tempahan Proton X70 SE kini dibuka di Brunei, 37 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kita masih menanti berita berkenaan pelancaran rasmi Proton X70 SE, negara jiran kita Brunei nampaknya mengorak langkah terlebih dahulu dengan membuka tempahan bagi Proton X70 Exclusive Edition (EE).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membawakan penampilan yang sama seperti X70 SE, Proton X70 EE menampilkan layangan warna dua tona dengan bumbung dan cermin sisi diwarnakan hitam.

 


Sementara rim pula bersaiz 19 inci dengan rekaan yang lebih sporti, diikuti dengan kemasan kulit hitam Nappa di bahagian ruang kabin.

Untuk pasaran Brunei, Proton hanya mengehadkan kepada 37 orang sahaja untuk mendapatkan Proton X70 EE ini.