Tempahan tiket penerbangan Singapura-KL melonjak naik

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Nikkei Asia
Tempahan tiket penerbangan antara Singapura dan Kuala Lumpur didapati melonjak naik dalam tempoh beberapa hari sebelum ini walaupun butiran Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) masih lagi belum diumumkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah program VTL, pelancong yang lengkap suntikan vaksinasi boleh membuat perjalanan antara Malaysia dan Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin sekiranya lepas ujian COVID-19.

VTL diumumkan oleh kedua-dua kerajaan pada 8 November yang lalu, dan terdapat enam penerbangan VTL setiap hari antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurut laporan daripada The Straits Times, Andhini Putri selaku naib presiden pemasaran pengangkutan dan perkhidmatan kewangan di Traveloka memberitahu mereka menerima peningkatan peratusan sebanyak dua digit tempahan penerbangan antara kedua-dua negara itu sejak pengumuman Isnin lalu.

Sementara itu, ketua unit komunikasi Asia, Expedia Group Brands, Lavinia Rajaram berkata, platform mereka menyaksikan peningkatan 17 kali ganda dari segi pencarian penerbangan antara Singapura dan KL.

Pencarian untuk penginapan di Kuala Lumpur juga turut meningkat sebanyak 60 peratus.

Menurut analisis daripada OAG Aviation, laluan penerbangan KL-Singapura merupakan antara laluan udara yang tersibuk di dunia dari segi frekuensi penerbangan pada tahun 2019.

Sumber: The Straits Times

Berita Berkenaan

Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…