Tempahan untuk Mazda CX-5 2.5L Turbo 2019 kini dibuka!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada kemas kini yang dibawakan untuk Mazda6, Bermaz Motor juga turut menerbitkan spesifikasi penuh untuk SUV Mazda CX-5 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada lima varian dan empat pilihan enjin, Mazda CX-5 2019 kini sudah mula boleh ditempah menerusi pusat pameran bertauliah Mazda berhampiran. 

Dua varian terendah didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 2.0L dengan 162 hp dan 213 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan, manakala varian 2.5L GLS 2WD hadir dengan enjin Skyactiv-G 2.5L yang menjana 192 hp dan 258 Nm. 
 


Manakala varian baharu yang ditawarkan, iaitu 2.5L Turbo AWD didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 2.5L  Turbo yang menghasilkan kuasa setinggi 228 hp dan 420 Nm. 

Tidak dilupakan, varian diesel menggunakan enjin Skyactiv-D 2.2L dengan 188 kuasa kuda dan 450 Nm yang memacu dua roda hadapan sahaja. 

Kesemua varian Mazda CX-5 dilengkapkan dengan transmisi automatik Skyactiv-Drive enam nisbah kelajuan dan ciri GVC Plus. 
 


Sama seperti Mazda6, SUV CKD ini juga turut didatangkan dengan sistem infotainmen MAZDA CONNECT dengan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto sebagai ciri standard. 

Dari segi kelengkapan, varian asas didatangkan dengan tempat duduk boleh laras manual balutan fabrik, skrin instrumen 4.6 inci TFT, serta lampu nyalaan siang jenis mentol, manakala varian selebihnya didatangkan dengan tempat duduk kulit boleh laras dengan 10 tetapan, skrin instrumen 7 inci dan lampu nyalaan siang LED. 

Kesemua varian menerima kelengkapan keselamatan merangkumi enam beg udara, ABS, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Cengkaman (TCS), Lampu Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HLA), Fungsi Auto Hold, serta cagak ISOFIX dengan Top Tethers.
 


Manakala sistem keselamatan aktif pula merangkumi lampu utama LED adaptif, Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Amaran Keluar Laluan (LDWS), Sistem Bantuan Kekal Laluan (LAS), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dan Bantuan Brek Bandar Pintar (SCBS) dikhususkan untuk dua varian tertinggi. 

Lapan warna ditawarkan sebagai pilihan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Meteor Gray, Jet Black dan Arctic White. 

Termasuk model sedan Mazda6 yang diberikan kemas kini, Mazda CX-5 juga kini dipamerkan di Bangsar Shopping Centre bermula dari 11 September sehinggalah 15 September ini. 
 


Tempahan awal sudah boleh dilakukan manakala harga rasmi akan diumumkan kelak. 

Setiap pembelian kereta Mazda yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/perbatuan 100,000 km* termasuklah servis penyelenggaraan percuma lima tahun/perbatuan 100,000 km* (kecuali Mazda BT-50). 

*yang mana terdahulu.
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
Enjin yang dimaksudkan adalah enjin empat silinder sebaris 2.5 liter turbo Skyactiv-G yang pernah…
Berita Domestik
Mazda CX-5 baharu ini bakal dilengkapi dengan enjin Skyactiv-G 2.5 liter dengan sistem induksi…