Arteon R-Line yang diimport sepenuhnya (CBU) itu dijangka ditawarkan pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 apabila dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Sedan segment D 5-pintu itu akan merupakan model utama Volkswagen dan menawarkan reka bentuk avant garde bersama pengendalian dinamik.
Nama model Arteon ini membawa maksud; ‘Art’ menerangkan tentang garis-garis badan sebuah fastback yang harmoni dan beremosi. Manakala ‘eon’ pula menyerlahkannya sebagai sebuah model premium Volkswagen.
Arteon telah dipilih sebagai pemenang “2017 Golden Steering Wheel”, salah satu anugerah automotif paling berprestij di Eropah.
Model ini dibina untuk kelajuan, Arteon didatangkan dengan enjin turbo a 2.0L TSI yang dipadankan bersama kotak gear basah direct shift gearbox (DSG) 7-kelajuan.
Kuasa mencecah 280PS dan tork 350Nm yang boleh dicapai di antara 5,100 hingga 6,500rpm itu disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION.
Dilengkapi Paparan Info Aktif dengan paparan transistor warna filem nipis (TFT), tetapan baru yang boleh di ubah suai dan paparan peta sepenuhnya dibuat.
Sistem infotainmen Discover Pro baharu dengan skrin bersaiz 9.2 inci dan boleh disambungkan dengan CarPlay, Android Auto dan MirrorLink.
Ia turut dilengkapi dengan kamera 360-darjah.
Arteon hadir dengan pakej gayaan dalaman dan luaran R-Line. Lapan pilihan warna yang ditawarkan iaitu kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).
Sebarang pertanyaan atau tempahan Volkswagen Arteon serba baharu boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara atau layari laman sesawang https://www.volkswagen.com.my
Kepada yang berminat, Arteon ini dipamerkan untuk pra-tontonan di bilik-bilik pameran Volkswagen yang disenaraikan di bawah:
Pengedar |
Negeri |
Tarikh |
Volkswagen Juru |
Penang |
24 – 25 Julai |
Volkswagen Ipoh |
Perak |
27 – 28 Julai |
Volkswagen Kuantan |
Kuantan |
2- 3 Ogos |
Volkswagen Skudai |
Johor |
8 – 9 Ogos |
Volkswagen Tebrau |
Johor |
11 – 12 Ogos |
Volkswagen Batu Pahat |
Johor |
16 – 17 Ogos |
Volkswagen Melaka |
Melaka |
24 – 25 Ogos |
Volkswagen Semenyih |
Selangor |
6 -7 September |
Volkswagen Balakong |
Selangor |
14 – 15 September |
Volkswagen Klang |
Selangor |
21 – 22 September |
Volkswagen Sg Besi |
Kuala Lumpur |
28 – 29 September |
Volkswagen TTDI |
Kuala Lumpur |
5 – 6 Oktober |
Volkswagen Glenmarie |
Selangor |
12 – 13 Oktober |
Volkswagen Gombak |
Kuala Lumpur |
18 – 19 Oktober |
Volkswagen Puchong |
Selangor |
26 – 27 Oktober |
*Gambar kabin dari carwow.uk
*Gambar sepenuhnya dari Car Magazine UK