Tempat duduk pemandu bermasalah, Honda Amerika arah henti jual Civic Type R FL5

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita yang kurang enak didengari oleh para pemilik Civic Type R FL5 sedia ada.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan oleh kehadiran bunyi berdecit atau berdetar dari kerangka tempat duduk pemandu hadapan.

Menurut info yang diperoleh daripada forum Civic XI, pemasangan kerangka kusyen tempat duduk pemandu berkemungkinan besar mempunyai titik kimpalan yang tidak sempurna, di mana ia mampu memberikan kesan kepada keberkesanan tali pinggang keledar dan meningkatkan risiko kecederaan.
 

Civic Type R


Menurut aduan daripada para pengguna forum tersebut, kebanyakan pemilik mula mengesan kehadiran bunyi decitan dan detaran di dalam Civic Type R FL5 mereka sejak November lalu, tidak lama selepas penghantaran dibuat.

Honda setakat ini tidak mendedahkan bilangan Civic Type R yang terjejas akibat masalah ini, dan lebih memburukkan keadaan tiada sebarang alat ganti yang tersedia buat masa ini.

Para pemilik Civic Type R FL5 dijangka akan dihubungi sendiri oleh pengeluar itu menjelang pertengahan Mei 2023.
 

FL5


Untuk makluman, Honda Civic Type R generasi baharu ini tidak lagi dipasang di kilang Swindon, UK, sebaliknya pemasangan dibuat sepenuhnya di kilang Honda di Jepun.

Disebabkan kapasiti pengeluaran Civic Type R di kilang Saitama hanyalah sekitar 400 unit sahaja untuk tempoh sebulan, pembeli di tanah air Honda sendiri perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan!

Sumber: Autoblog, Forum Civic XI

Berita Berkenaan

Berita Global
Keadaan tersebut mungkin bakal berubah dalam masa terdekat, berdasarkan pengumuman terbaharu yang…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah pun menawarkan program pajakan Certified Pre-Owned (CPO), di mana…
Berita Global
Selain daripada menyertai perlumbaan endurans, pasukan HART juga turut aktif di dalam perlumbaan…