Tempoh menunggu kereta Perodua kini cecah 8 bulan

oleh Mohamad Hanif|
Permintaan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia, menyebabkan purata tempoh menunggu kereta Perodua kini mencecah 2.5 hingga 8 bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “kami memohon maaf kepada para pelanggan kami dan berterima kasih di atas kesabaran mereka. Kami akan cuba menambahbaik lagi pengeluaran dan pendaftaran kami pada bulan-bulan yang akan datang,” kata beliau.

Beliau menambah, Perodua akan terus meningkatkan operasi termasuk ekosistemnya serta masa penghantaran kepada para pelanggannya.

Sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini, Perodua terus mencatatkan prestasi memberangsangkan dari segi pengeluaran serta jualan keseluruhan terkini (YTD).

Pengeluaran terkini Perodua meningkat 32.9 peratus kepada 51,134 unit daripada 38,460 unit, diikuti dengan prestasi jualan yang turut meningkat 33 peratus kepada 46,385 unit daripada 34,865 unit.

Pencapaian tersebut disumbangkan oleh peningkatan kecekapan dalam aspek pengeluaran, kemudahan pembiayaan kepada para pengeradar Perodua yang lebih baik, serta komunikasi yang menyeluruh di dalam ekosistem dan juga para pelanggan Perodua.

“Walaupun masih terdapat banyak lagi cabaran di dalam isu bekalan cip semikonduktor, peningkatan kos dan sebagainya, tetapi kami berjaya mencatatkan pertumbuhan dua angka di dalam pengeluaran dan jualan kami dan untuk itu kami berterima kasih kepada rakan-rakan niaga kami atas komitmen mereka,” jelasnya lagi.

Beliau berkata setakat ini, permintaan untuk kenderaan Perodua masih kekal kukuh dan Perodua sedang mempertingkatkan lagi jumlah pengeluarannya untuk memenuhi permintaan tersebut.

Dato’ Sri Zainal berkata unjuran industri automotif dan Perodua diramalkan positif memandangkan keadaan ekonomi semasa adalah kekal stabil.

“Tumpuan semasa kini adalah kestabilan tenaga kerja, terutama sekali buat para pembekal automotif untuk memastikan pengeluaran dapat dipertingkatkan lagi. Kami juga berharap penggubal dasar dapat terus berkomunikasi dengan ekosistem berhubung sebarang perubahan polisi masa hadapan yang mungkin memberi kesan kepada industri,” katanya.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…