Tempoh pendaftaran kereta baharu dilanjutkan: Perodua sambut baik pengumuman MoF

oleh Mohamad Hanif|
Perodua menyambut baik pengumuman Kementerian Kewangan (MoF) berhubung lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan yang membolehkan pelanggan menikmati pengecualian cukai jualan bagi kenderaan yang didaftarkan sebelum 30 Jun 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas pengumuman ini kerana ia memberi ruang kepada industri dan pasaran untuk memenuhi permintaan para pengguna dan dalam masa yang sama memberikan masa kepada kami untuk mengatasi isu sedia ada.

Antara isu yang masih memberikan kesan kepada industri automotif tempatan termasuklah impak COVID-19, kekurangan bekalan komponen dan tenaga pekerja.

"Isu-isu ini masih lagi ditangani yang mana Perodua dan pembekal kami sedang mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian dan lanjutan masa untuk mendaftarkan kenderan yang ditempah memberi kami ruang yang amat diperlukan untuk mengatasi isu-isu tersebut,” kata Dato’ Zainal.

Beliau menambah, bagi para pelanggan Perodua, pengumuman ini memberi jaminan bahawa mereka akan dapat menikmati insentif pengecualian cukai jualan yang telah membantu industri sejak tahun 2020.

“Setakat ini, kami cuba memenuhi pesanan tertunggak yang masih tinggi dan kami amat menghargai para pelanggan kami di atas kesabaran mereka,” kata Dato’ Zainal.

Sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, Perodua telah mendaftarkan 106,179 kenderaan atau 10% lebih daripada 96,281 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Daripada jumlah 106,179 tersebut, Perodua Myvi merupakan model paling laris dengan 31,689 unit didaftarkan, diikuti dengan Perodua Axia sebanyak 24,024 unit dan Perodua Bezza sebanyak 23,336 unit.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…