Tender kereta menteri - Menteri Kewangan berlaku tegas pada pembida "nakal"

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya isu memilih syarikat untuk menjaga ribuan kenderaan milik kerajaan, termasuk kenderaan rasmi menteri masih belum habis.

Ini nyata terbukti apabila Kementerian Kewangan mengeluarkan siaran media berkaitan isu tersebut pada 1 Februari lalu, yang mengejutkan mereka di dalam industri fleet kerana sepatutnya, pembida berjaya sudah dipilih dalam bulan Januari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut siaran media tersebut, pihak kerajaan akan meneliti cadangan dari lapan syarikat secara Request For Proposal (RFP) yang dilaksanakan secara terbuka. 

Dengan kata lain tidak ada tender terhad atau pemberian tender secara terus diamalkan.

Ini terbaik dan adil untuk kerajaan kerana ia menjamin wang rakyat akan digunakan dengan cara yang paling efektif dan juga proses yang telus.

Desas desus dari industri mengatakan punca siaran media itu diterbitkan ialah kerana Kementerian Kewangan tidak berpuas hati dengan RFP yang dicadangkan oleh pembida utama.

Dua faktor penting yang diberikan perhatian semasa proses pemilihan syarikat konsesi ini ialah faktor kos dan faktor teknikal. 

Salah satu dari lapan pembida itu menerima keutamaan kerana mencadangkan pakej yang mempunyai keberkesanan kos terbaik. 

Panel pemilih kemudiannya mengkaji RFP yang diberikan tetapi pelbagai isu dikesan, dan rombakan demi rombakan dilakukan sehinggakan ia terus berubah dari RFP asal.

Dari pengalaman Careta, jika isu diatas berlaku, selalunya akan ada rombakan di mana pegawai-pegawai yang terbabit di dalam rundingan akan "ditukarkan" atau keseluruhan komiti "digantikan" atas usul-usul luaran. 

 

 

Isu "discrediting the panel" bukan satu perkara baharu tetapi kali ini, Careta difahamkan Kementerian Kewangan tidak mudah dipengaruhi dengan anasir-anasir luaran dan kerap memastikan segala prosidur dilakukan dalam sifat yang profesional dan telus.

Ini ialah satu berita yang menggembirakan pembayar cukai (iaitu rakyat) kerana perbelanjaan kerajaan dilakukan berdasarkan "merit", dan bukannya "rakan-rakan".

Dalam masa yang sama, maklumat dari sumber yang rapat dengan Proton berkata syarikat itu mungkin akan menghasilkan SUV X70 dari China yang ditambah dengan aksesori-aksesori sebagai kenderaan rasmi Menteri.

Ini berikutan keputusan kerajaan untuk memberikan keutaman kepada jenama Proton/Geely bagi membekalkan kenderaan rasmi Menteri. 

Oleh kerana Proton tidak lagi menghasilkan Perdana, pilihan paling hampir ialah Geely X70 kerana model-model Geely yang lain memerlukan masa selama 24 bulan untuk ditukarkan kepada panduan sebelah kanan.

Pastinya China berbangga kerana Malaysia bakal menjadi negara Asean pertama menggunakan jenama China sebagai kenderaan rasmi jemaah menteri.

* Imej utama dari Ajerul

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk menguruskan fleet kenderaan kerajaan pada masa hadapan, kerajaan telah memutuskan supaya…