Tengku Zafrul - Malaysia berpotensi jadi hab automotif ASEAN

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook Tengku Zafrul
Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Tengku Zafrul berkata, potensi itu menarik pelabur dan syarikat seperti Porsche, KIA, Hyundai, Mini Cooper, Mazda dan BMW untuk memulakan operasi masing-masing di Malaysia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

"Asia Tenggara menawarkan potensi pertumbuhan yang baik dan dengan polisi serta ekosistem yang baik, Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN," katanya menerusi catatan di akaun Facebook miliknya.

 

Menerusi catatan itu, Tengku Zafrul turut berkongsi beberapa keping gambar lawatannya ke syarikat pemasangan kereta, Inokom Corporation Sdn Bhd di Kulim, Kedah.

 

Beliau berkata, ramai anak tempatan yang berkemahiran bekerja di syarikat itu dan kerajaan akan memberi fokus kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar lebih ramai rakyat negara ini boleh meningkatkan kemahiran masing-masing.

Ia bagi memanfaatkan pelaburan dan perkembangan industri di negara ini, katanya.

 

Terdahulu, Tengku Zafrul turut mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon.

 

Tengku Zafrul berkata, beliau berada di Kedah bagi melawat beberapa industri di negeri itu.

 

- semoga menjadi kenyataan -

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, Geely juga dilapor sedang merancang untuk mendirikan sebuah kilang pemasangan…