Upacara perbarisan sempena status usang kedua-dua kenderaan perisai itu dilaksanakan oleh Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD) yang diketuai Pemangku Pegawai Memerintah 4 KAD, Mej Ahmad Faisal Muda turut disertai oleh 20 pegawai dan 50 Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) serta krew KJA.
Perbarisan ini merupakan simbolik kepada termeterainya status Obsolete bagi KP RPZ Condor 4x4 dan Sibmas ARV 6x6 yang telah memasuki perkhidmatan Tentera Darat pada tahun 1981 kini telah pun berusia 42 tahun dan telah ditamatkan perkhidmatannya.

Turut diadakan demonstrasi penggunaan KP Sibmas AVR 8x8 sebagai sesi pendedahan terakhir kepada anggota 34 Wksp Armor di Garaj Kenderaan Jenis A (KJA).
RPZ Condor pernah terlibat di dalam operasi menyelamat Pertempuran Mogadishu di Somalia pada tahun 1993.
Salah sebuah kenderaan ini telah diserang oleh peluru Rocket Propelled Grenade (RPG) menyebabkan seorang anggota tentera Malaysia terbunuh.
Sebanyak 46 buah KP RPZ Condor turut digunakan bagi tugas-tugas rondaan di Selatan Lubnan oleh pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersama (PBB) United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL).