Tentera US uji EV lasak baharu, Canoo LTV berkuasa 600 HP

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Perkembangan EV bukan sahaja meliputi kegunaan untuk kenderaan di bandar, malahan ia turut digunakan sesetengah negara maju dalam sektor ketenteraan seperti US yang menggunakan EV GMC Hummer sebagai barisan kenderaan tentera mereka.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Baru-baru ini, tentera US telah menambah satu lagi jenama EV dalam senarai kenderaan mereka.

bed

Canoo Light Tactical Vehicle (LTV) merupakan sebuah EV pikap didatangkan dengan pacuan semua roda yang menghasilkan kuasa sehingga 600HP dan dipadankan bersama rim 32 inci dibaluti tayar all-terrain.

Buat masa ini, spesifikasi lengkap EV itu masih belum didedahkan, namun Canoo memberitahu rekaan sistem modular mereka memudahkan pemasangan beberapa komponen untuk kenderaan tentera seperti rak, tanjakan, kotak penyimpanan, khemah dan peralatan taktikal.

interior

Ketua Pegawai Eksekutif, Tony Aquila berkata, "LTV ialah satu lagi ciptaan penting yang membuktikan kuasa teknologi kami dan cara ia boleh digunakan, walaupun dalam situasi taktikal.”

Canoo merupakan salah satu syarikat dari US yang menghasilkan kenderaan elektrik selain Tesla, mereka bercadang untuk menghasilkan kenderaan komersial pada masa akan datang.

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Hyundai Kona Electric   Selain mempunyai platform sendiri, Canoo juga adalah pengeluar EV…