Tercampak keluar daripada kereta, pemandu Bezza maut dilanggar bas ekspress

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki maut dilanggar bas ekspres selepas tercampak keluar daripada kereta dipandunya di Kilometer 115, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, Batu Pahat pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.45 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu mangsa terbalik setelah melanggar belakang sebuah lori.

Akibat pelanggaran itu, Ismail berkata, mangsa kemudiannya tercampak keluar ke atas jalan sebelum dilanggar oleh sebuah bas ekspres yang datang dari arah yang sama.

"Sementara itu, lori yang dipandu lelaki berusia 48 tahun, terbabas di bahu jalan sebelah kiri dan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu bas berusia 25 tahun bersama 28 penumpang, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua pemandu adalah warga tempatan dan mangsa yang meninggal dunia berasal dari Bahau, Negeri Sembilan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- salam takziah kepada keluarga mangsa -

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Informasi
“Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh! “Dengan keputusan ini,…
Berita Domestik
"Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah…