Terima kasih Menteri - tolong tengokkan lagi JPJ tu!

oleh HEZERI SAMSURI|
Keluhan dari pengguna dan dari Careta sendiri berkaitan mutu perkhidmatan JPJ bukan satu isu baru. 

Kami sendiri pernah beratur berjam-jam untuk membuat urusan di kaunter JPJ dan terpaksa turun mencari pejabat JPJ yang kosong untuk memperbaharui lesen memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada zaman Covid berleluasa, ia hanya meningkatkan risiko kami kepada penyebaran wabak pandemik tersebut. Ini tidak termasuk kepada pembaziran masa di mana dalam usaha negara mahu bergerak maju, mengambil masa berjam-jam untuk sesuatu yang boleh dilakukan secara atas talian adalah satu kerja yang tidak produktif.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong turun padang secara gempur ke ibupejabat JPJ Johor di Taman Daya semalam dan beliau melihat sendiri masalah yang sudah lama dialami oleh pengguna.

Saya secara jujur pernah bertanya kepada seorang pegawai JPJ yang bertugas di sebuah pejabat di Selangor dan jawapan yang diberikan ialah "orang Malaysia hanya tahu komplen."

 

 

Kerajaan Malaysia sudah melabur berbilion ringgit untuk kemudahan infrastruktur atas talian di mana segala informasi sudah sepatutnya boleh dilakukan tanpa perlu ke kaunter JPJ.

Namun begitu, sistem yang diguna-pakai masih ada cacatnya dan setelah berapa tahun, ia masih di takuk yang sama. 

Cadangan saya, pihak kementerian bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain seperti MARII atau mana-mana yang mempunyai kepakaran dalam bidang atas talian ini untuk memastikan perkhidmatan akan pulih dan bertambah baik.

Cuma satu sahaja nasihat saya, jangan layan permintaan "orang atas" yang mahukan setiap sistem itu mempunyai "back door" sebab jika ini masih berlaku, cuma ada satu sahaja cara untuk menyelesaikan isu tersebut - seluruh JPJ perlu dirombak kembali.

Untuk yang mahu memberikan komen kepada Menteri, sila ke Facebook beliau di pautan ini. https://www.facebook.com/wksbmenglish
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…