Terima kasih PLUSRonda, Wira Lebuhraya!

oleh Mohamad Hanif|
Smenjak diperkenalkan pada 1 April 1990, pasukan rondaan dan bantuan lebuhraya PLUSRonda tidak lagi menjadi nama asing dikalangan para pengguna lebuhraya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, pasukan yang terdiri daripada 574 anggota itu komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengguna lebuhraya, ini boleh dilihat pada rekod tahun lalu di mana PLUSRonda telah memberikan bantuan kepada hampir 230 ribu insiden kenderaan rosak, kemalangan, objek di tengah jalan serta haiwan berkeliaran di lebuh raya.

Selain daripada petugas baris hadapan yang kini berjuang melawan penularan wabak COVID-19, anggota PLUSRonda juga turut berhadapan cabaran dan risiko terutama ketika memberikan bantuan kepada pelanggan lebuhraya yang terpaksa melakukan perjalanan.

Pun begitu, rutin harian pasukan PLUSRonda masih seperti biasa, namun mengamalkan beberapa langkah berjaga-jga serta penjarakan fizikal ketika menjalankan tugas harian.

Menurut S. Sivaraman, "Anda tidak akan menghargai jasa PLUSRonda sehingga anda sendiri mengalami kesulitan di lebuhraya," ujar beliau yang pernah sendiri terkandas di Ayer Keroh beberapa tahun lalu akibat masalah pam bahan api.

Malah, petugas PLUSRonda turut menawarkan khidmat tunda ke Plaza Ayer keroh kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian tanpa sebarang bayaran!

 


Seorang lagi pengguna lebuhraya, Nasrul Shah Rizan merakamkan penghargaan buat anggota PLUSRonda serta sorang lelaki berbangsa India yang sanggup menolong ketika isterinya terpaksa melahirkan bayi di tepi lebuhraya.

“Memang saya dan isteri pada ketika itu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh selepas isteri mengadu sakit. Ketika melalui NKVE kira-kira jam 12 tengahari, keadaan semakin mencemaskan dan kebetulan pula kami melihat sepasukan PLUSRonda sedang memberikan bantuan kepada sebuah lori yang rosak di lorong kecemasan di KM21.

Saya terus berhenti di bahu jalan dan berlari ke arah pasukan PLUSRonda tersebut untuk meminta bantuan. Saya sekeluarga amat berterima kasih kepada PLUSRonda Yusuf dan PLUSRonda Mohd Al-Amar yang telah menyambut kelahiran bayi perempuan kami sementara menunggu ketibaan ambulans,” kata Nasrul.

Namun, di sebalik keberanian dan kegigihan anggota pasukan PLUSRonda memberi bantuan kepada pelanggan lebuhraya, terdapat juga beberapa insiden yang menyedihkan apabila anggota PLUSRonda sendiri terkorban ketika menjalankan tugas.

Bertugas di dalam suasana amat berbahaya dan anggota PLUSRonda terdedah kepada kemungkinan dirempuh oleh kenderaan lain ketika memberikan bantuan atau mengalihkan objek yang tercicir di lebuh raya.

Tanggal 19 Februari 2019, pasti menjadi titik hitam buat PLUS apabila anggota PLUSRonda, Allahyarham Aziz Siraj dirempuh oleh sebuah lori ketika turun untuk mengalihkan serpihan tayar di lebuh raya.

 


Bagi membendung kejadian sama berulang, PLUS dan Propel telah mewujudkan pasukan ‘Kenderaan Keselamatan’ untuk mewujudkan zon selamat sementara bagi petugas lebuhraya mengalihkan objek-objek asing di lebuh raya seperti serpihan tayar, kayu, besi dan lain-lain di dalam persekitaran yang lebih selamat dan terkawal.

Sejak penubuhannya 30 tahun yang lalu, banyak jasa dan pengorbanan pasukan PLUSRonda telah dapat direkodkan. Pasukan PLUSRonda tetap sedia berkhidmat meskipun pada ketika ini negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

Pasukan barisan hadapan PLUSRonda ini wajar mendapat tempat yang istimewa di dalam hati setiap pelanggan lebuh raya. Anggota PLUSRonda adalah wira yang sentiasa komited menjaga pelanggan lebuh raya
sepanjang perjalanan mereka.

Terima kasih, PLUSRonda!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…