Terjejas akibat COVID-19, McLaren bakal jual HQ di Woking

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar supercar McLaren kini sedang mencari jalan untuk menjual fasiliti ibu pejabat ikonik terletak di Woking sebagai salah satu cara untuk mendapatkan dana setelah terjejas teruk akibat COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, McLaren telah mengupah sebuah syarikat hartanah Colliers untuk mencari pembeli yang sesuai dengan harga jualan £200 juta (RM1.07 billion).

Walaupun berhasrat untuk menjual fasiliti tersebut, McLaren tidak akan berganjak atau mengalihkan operasi mereka daripada lokasi tersebut, sebaliknya mereka akan membayar sewa kepada pemilik baharu.

 


Menurut jurucakap syarikat automotif tersebut, "Potensi jualan dan sewa balik ibu pejabat kami dan pelantikan bank untuk memberikan nasihat berkenaan penstrukturan semula hutang dan peningkatan ekuiti adalah sebahagian daripada strategi pembiayaan semula komprehensif seperti yang diumumkan awal tahun ini.

"Kami berharap inisiatif-inisiatif ini mampu memberikan penyata imbangan yang lebih kuat dan memastikan kumpulan McLaren mempunyai platform yang kukuh untuk pertumbuhan jangka masa panjang dan juga pelaburan.

Sebelum ini, McLaren telah pun melaporkan pendapatannya merosot kepada £143 juta untuk separuh pertama tahun 2020, berbanding dengan £592 pada tahun 2019.

 


Selain daripada itu, McLaren juga telah menghentikan lebih daripada 1,200 orang pekerja sebagai sebahagian daripada langkah untuk menjimatkan kos operasi.

Untuk meningkatkan kembali pendapatan, Mclaren berjaya meningkatkan ekuiti sebanyak £291 juta pada Mac lalu, dan meminjam £150 juta daripada National Bank of Bahrain pada bulan Jun.

Malah, McLaren juga berkemungkinan besar akan mencari jalan lain untuk mencari dana, termasuklah menjual pegangan minoritinya di dalam pasukan Formula One.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…