Terkejut punya pasal, lelaki sanggup lari tinggalkan tunang elak ditahan JPJ

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Harian Metro
Terkejut dengan kehadiran sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara tiba-tiba, seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh daripada motosikal di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau, malam tadi menurut laporan Harian Metro.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, lelaki tersebut dikatakan menunggang sebuah Yamaha 135LC berkemungkinan takut ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen atau cukai jalan.

 "Lelaki itu mungkin terkejut dan ketika dia membrek, pemboncengnya yang juga wanita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.

"Ketika kami mengarahkannya membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu terus membuat pusingan U dan memecut dengan meninggalkan wanita itu.

"Wanita itu mengakui lelaki berkenaan tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar," katanya.

Wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.

Sepanjang tempoh empat hari operasi, sebanyak 2,043 motosikal telah diperiksa di lorong motosikal Plaza Tol Juru Arah Utara dan Plaza Tol Sungai Dua Selatan.

Sebanyak 301 kenderaan telah diambil tindakan membabitkan 473 kesalahan.

 "Kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan mengubah suai motosikal tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan JPJ.

"Kita mendapati, kesalahan tiada lesen memandu sangat tinggi mencecah 100 kes dan ini menunjukkan kesedaran penunggang motosikal berhubung perkara itu masih berada pada tahap rendah," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 9 pagi…
Informasi
MyEG berkata kedua-dua syarikat itu masing-masing menerima surat pelantikan daripada JPJ pada Isnin…