TERKINI: Hyundai sebenarnya serius mahu produksi N Vision 74

oleh Mohamad Hanif|
Ramai peminat Hyundai mahu pengeluar itu merealisasikan model konsep N Vision 74, sayang sekali harapan mereka sebelum ini punah ranah apabila syarikat automotif Korea Selatan menafikan projek tersebut diberikan lampu hijau.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Bermakna, ia tidak akan muncul sebagai sebuah kereta produksi dalam masa terdekat.

Namun dalam satu perkembangan terbaharu, seorang eksekutif berpangkat tinggi Hyundai memberikan penjelasan mereka sebenarnya memandang serius masa depan kereta sports konsep tersebut.
 

n vision


Bercakap kepada laman Top Gear, ketua pegawai kreatif Hyundai Luc Donckerwolke berkata, "saya amat bencikan perniagaan yang menunjuk-nunjuk. Saya tidak mahu menghasilkan kereta pameran dan kemudian tiada apa-apa (langkah diambil).

"Kami amat serius tentang hal ini. Model (N Vision 74) mungkin akan diproduksikan. Kami mempunyai platform - ia sebuah platform sukan permotoran."

Jelasnya lagi, idea N Vision 74 ini datangnya daripada pengurusan tertinggi Hyundai.
 

N Vision


"Ia satu perkara yang baik apabila pihak pengurusan memberitahu anda (untuk melakukannya).

Namun tidak seperti penghasilan mana-mana model produksi massa, Donckerwolke sebaliknya berkata model N Vision 74 ini mungkin akan muncul dalam bilangan yang terhad.

N Vision 74 merupakan sebuah kereta sports konsep bernadikan trenkuasa hidrogren hibrid, menggandingkan sistem elektrik bateri dan sel bahan api hidrogen yang dibantu dengan sistem penyejukan yang serba efektif.
 

N vision


Menurut Hyundai, sistem trenkuasa elektrik bateri itu menampilkan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 670 hp dan daya kilas 900 Nm yang mampu mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia muncul pada pertengahan bulan Julai tahun lepas di mana rekaannya banyak diinspirasikan daripada…
Berita Global
Satu persamaan yang ketara, rekaan kedua-dua model DMC-12 dan Pony Coupe 1874 sebenarnya datang…