Terkini:Kemudahan surau di semua lebuh raya PLUS termasuk di Negeri Sembilan dibuka semula

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendaliannya, termasuk di Negeri Sembilan selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri di mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Oleh itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan-kawasan tersebut agar terus patuh kepada SOP keselamatan seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan semua pihak.

 

PLUS turut mengingatkan agar pelanggan yang menggunakan surau di lebuh raya supaya mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis butiran diri secara manual bagi memudahkan urusan pengesanan kontak sekiranya diperlukan.

 

Selain itu, pelanggan juga dinasihatkan supaya membawa kelengkapan untuk bersolat seperti telekung dan sejadah sendiri untuk memastikan kebersihan diri terjaga ketika bersolat kerana kelengkapan tersebut tidak disediakan buat waktu ini.

 

Penanda penjarakan fizikal turut disediakan di setiap ruangan solat di surau serta di kawasan mengambil wuduk untuk memastikan jarak fizikal 1 meter.

 

PLUS juga memastikan semua surau dan kemudahan awam lain sentiasa disanitasi secara berjadual.
 

Berita Berkenaan

Informasi
  Pelanggan lebuh raya kini dibenarkan untuk menunaikan solat di surau-surau yang terletak di R…
Berita Domestik
Pembukaan premis surau kepada umum tersebut adalah selari dengan pengumuman Perintah Kawalan…
Berita Domestik
Apa yang menarik perhatian kami adalah syarat-syarat yang dikenakan di kawasan Rehat dan Rawat (R…