Terlalu bertumpu pada genre cruiser punca jualan Harley merudum?

oleh HEZERI SAMSURI|
Jualan global Harley-Davidson untuk tahun 2018 menurun sebanyak 6.1 peratus sementara jualan jenama tersebut di dalam negaranya sendiri merudum 10.2 peratus lebih rendah dari 2017.

Malah jumlah keuntungan Harley-Davidson untuk suku keempat 2018 hanya mampu berada di bawah US$500,000 berbanding dengan tempoh yang sama dalam tahun 2017 di mana ia mengaut keuntungan US$8.3 juta.

Menurut syarikat US ini, prestasi merosot mereka adalah akibat kesan pemerintahan Presiden Trump yang bersengketa dengan negara-negara Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun begitu menurut seorang penganalisa UBS, Robin Farley, hasil kajian beliau mendapati Harley-Davidson mengalami masalah "produk yang khusus untuk orang tua".

Pengguna-pengguna yang berusia melihat motosikal sebagai satu hobi dan Harley-Davidson sangat sesuai dengan fokus tersebut.

Farley berkata sasaran pengguna di dalam usia 20-an yang tinggal di bandar-bandar besar pula ialah lebih kepada sebuah motosikal yang mampu milik dan seronok ditunggang di sekitar kawasan bandar kerana penunggang muda lebih melihat motosikal sebagai sebuah kenderaan yang memudahkan pengangkutan, bukan hobi.

 

 

Harley-Davidson cuma hanya mempunyai model Street 500 yang berharga hampir US$7,000 (gambar atas). 

Pesaing Harley-Davidson mempunyai banyak pilihan untuk ditawarkan kepada penunggang muda. Honda contohnya menawarkan lebih dari sedozen model dengan enjin 500 cc atau lebih rendah dari itu.

BMW, satu lagi jenama motosikal premium mencatatkan peningkatan jualan kerana mereka sudah mempunyai motosikal-motosikal mampu milik seperti G310 dan skuter-skuter bandar, termasuk C-evolution, skuter elektrik yang telah dilancarkan lebih awal dari model elektrik LiveWire oleh Harley-Davidson.

Harley-Davidson bagaimanapun berjaya meningkatkan jualan kepada penunggang wanita.

Di Malaysia, harga Harley-Davidson yang baharu memang jauh lebih tinggi. Mungkin kerana itu pasaran Harley-Davidson di dalam negara bertumpu kepada unit-unit "recond" yang dibawa masuk dengan banyak sekali.

Pertumbuhan bengkel-bengkel untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan bagi jenama Amerika itu juga menjadikan belian unit recond lebih menarik.

Harley-Davidson bagaimanapun mungkin mempunyai strategi jualan mereka tersendiri dan pengedar terkini Harley, Didi Resources yakin bahawa strategi mereka mampu membantu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…