Terowong Kuantan ECRL berjaya ditembusi dua bulan lebih awal

oleh Penyumbang Rencana|
Terowong Kuantan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 2.8 kilometer berjaya ditembusi dua bulan lebih awal dari jadual dan menjadikannya terowong ke-12 melengkapkan proses pengorekan sehingga hari ini (Isnin).


Letupan terakhir di Terowong Kuantan hari ini menembusi lapisan akhir kira-kira 1,700 meter dari portal masuk terowong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sekiranya mengikut jadual asal, proses penembusan Terowong Kuantan yang mempunyai purata ketinggian 11.89 meter dan kelebaran 13.26 meter itu dijadualkan siap Disember ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, ini adalah satu lagi pencapaian yang baik dengan penembusan Terowong Kuantan yang merupakan terowong terpanjang di antara 12 buah terowong yang berjaya ditembusi.

 

Ia merupakan hasil komitmen dan kerjasama oleh 170 kakitangan ECRL di semua peringkat dalam melaksanakan kerja-kerja terowong membawa kepada penembusan Terowong Kuantan lebih awal dari jadual katanya lagi.

 

“Kami juga berbangga dengan usaha tenaga kerja ECRL kerana berjaya melakukan kerja-kerja pengorekan tanah dan batuan sedalam 380,000 meter padu secara selamat dengan pergerakkan tanah yang minima,” tambah beliau dalam dalam kenyataan pada Isnin.

 

map

 

Darwis berkata, kejayaan penembusan 12 buah terowong sehingga hari ini membuktikan keupayaan pasukan projek dalam menangani cabaran-cabaran daripada segi kejuruteraan dan menerima pakai teknologi terowong yang canggih. 

 

Beliau turut berkongsi bahawa tambahan tiga buah terowong ECRL yang sedang menjalani kerja-kerja pengorekan dijangka siap ditembusi pada hujung tahun ini.

 

“Tahap kemajuan yang baik bagi kerja-kerja pengorekan terowong yang juga merupakan antara kerja paling mencabar bagi projek ECRL, akan memudahkan penyiapan infrastruktur rel dari Kota Bharu ke ITT Gombak ini menjelang Disember 2026,” tambahnya.

 

Sebagai rekod, terowong pertama projek ECRL yang berjaya ditembusi enam bulan lebih awal adalah Terowong Paka sepanjang 1.1 km di Terengganu pada bulan April 2021.

 

Selain itu, sembilan dari 12 buah terowong yang berjaya ditembusi adalah di negeri Pahang, dua di negeri Terengganu dan satu terletak di antara Pahang dan Terengganu. 

 

Sementara itu, Pengarah Urusan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCECRL), Kong Qi menyatakan penghargaan terhadap tahap kemajuan kerja yang cemerlang oleh kakitangan CCCECRL dan kontraktor tempatan dalam melaksanakan kerja-kerja terowong yang telah membawa kepada penembusan pada hari ini.

 

Beliau juga berterima kasih kepada pasukan projek ECRL dari kedua-dua pihak ekoran usaha yang baik dalam mencapai hasil kemajuan untuk pelbagai bentuk kerja pembinaan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Informasi
"Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya…