Terowong seludup paling sofistikated akhirnya kantoi

oleh HEZERI SAMSURI|
Terowong penyeludupan paling sofistikated dalam sejarah Amerika Syarikat akhirnyan digagalkan selepas ia terbongkar bulan Julai lalu akibat kejadian lubang robohan (sinkhole).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terowong itu ditemui setelah agensi kerajaan menghantar sebuah kamera untuk masuk ke lubang robohan itu sedalam 25 kaki dan menghantar gambar-gambar sebuah terowong berukuran 3 kaki lebar dan 4 kaki tinggi.

Menurut agensi yang menjaga sempadan US, ia adalah terowong seludup paling modern pernah mereka temui.

Terowong yang masih dalam pembinaan itu menyambungkan San Luis Rio Colorado di Mexico kepada San Luis di Arizona, US.

 

 

Ia dilengkapi dengan sistem ventilasi, saluran paip air lengkap, pendawaian sistem elektrik, sistem rel dan struktur pembinaan yang kukuh.

Dua tahun lalu, agensi kerajaan US turut menemukan sebuah terowong haram di kawasan yang sama. Ia menyambungkan sebuah restoran KFC yang ditutup ke Mexico, yang terletak cuma 180 meter dari restoran itu.

Terowong itu cukup untuk memuatkan orang berjalan kaki dan digunakan untuk menyeludup dadah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkembangan ini menjadikan 30 terowong di sepanjang jajaran ECRL selesai dengan kerja pengorekan…
Berita Domestik
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerja pelebaran lorong di…
Informasi
  Sekiranya mengikut jadual asal, proses penembusan Terowong Kuantan yang mempunyai purata…