Terowong Tun Razak Exchange sepanjang lima kilometer menghubungkan 12 lebuh raya akan dibuka 29 November

oleh Penyumbang Rencana|
Terowong Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer yang menghubungkan 12 lebuh raya serta jalan utama bakal menjadi ekosistem bertaraf dunia.

Antara jalan raya utama yang dihubungkan menerusi pembukaan terowong itu pada 29 November ini ialah Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Terowong SMART dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kewujudan terowong TRX dapat mengelakkan jalan raya yang sibuk dan kenderaan menuju ke terowong itu tidak akan menambah kepada jumlah trafik sedia ada di jalan-jalan sekitarnya.

“Bagi sebuah projek nasional sebesar ini di lokasi bandar utama, TRX telah menjalankan banyak perancangan strategik untuk memudahkan akses bagi pengguna pengangkutan awam dan kenderaan persendirian. Ini sejajar dengan komitmen kerajaan untuk menjadikan TRX sebagai destinasi perniagaan dan sosial antarabangsa.

“Sebagai contoh, usaha sama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  untuk projek Penyebaran Trafik Jalan Tun Razak yang baru selesai dapat mengurangkan trafik masuk ke bandar sebanyak kira-kira 30 peratus,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja untuk meninjau infrastruktur jalan raya di sekitar TRX termasuk terowong kenderaan bawah tanah sepanjang lima kilometer menjelang pembukaannya pada 29 November ini.

Yang hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd, Datuk Azmar Talib; wakil-wakil dari DBKL, Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, MEX dan SMART.

Nanta Linggi berkata, terowong TRX yang dibina oleh Gadang Engineering (M) Bhd. dan WCT Berhad, terdiri daripada dua aras yang dikhaskan untuk lalu-lintas kenderaan dan satu aras bagi perkhidmatan utiliti bagi keselamatan serta keselesaan pengguna jalan TRX.

“Pemasangan Waze Beacon dalam terowong jalan TRX juga menjamin navigasi tanpa gangguan ke dalam daerah tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Azmar berkata, pembinaan terowong bawah tanah berkenaan merupakan sebahagian penting daripada pelaburan RM3 bilion yang ditumpukan kepada pembangunan infrastruktur.

“Walaupun TRX dirancang sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa, ia turut direka untuk berfungsi sebagai sebuah pembangunan berorientasikan transit (TOD). 

“Kami percaya telah beriaya mencipta ekosistem bertaraf dunia dengan menggabungkan piawai kelestarian kami, ruang awam yang menarik dan ketersambungan yang luar biasa,” katanya.

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara langkah terbaharu yang diambil oleh Waze adalah memperkenalkan penggunaan peranti berasaskan…