Terpedaya dengan iklan jualan kereta, nak beli Vios RM49,000 tapi rugi RM110,840!

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Seorang pekebun kerugian lebih RM110,000 selepas terpedaya dengan iklan penjualan kereta terpakai tidak wujud melalui aplikasi Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada mangsa berusia 55 tahun pada Khamis lalu.

“Mangsa bersetuju membeli sebuah kereta jenis Toyota Vios tahun 2024 yang diiklankan pada harga RM49,000.

"Kemudiannya mangsa diarahkan membuat bayaran secara online kononnya untuk deposit, pendaftaran dan pelbagai proses lain.

"Mangsa membuat 17 transaksi pindahan wang berjumlah RM110,840 ke dalam sembilan akaun berbeza sejak awal bulan ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas berasa curiga apabila harga kereta itu sudah melebihi tawaran iklan, sebelum hadir membuat laporan polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Yusof menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian dengan menyemak kesahihan tawaran terlebih dahulu.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung modus operandi jenayah komersil melalui laman rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Facebook, Instagram dan TikTok.

“Mereka juga digalakkan menyemak nombor akaun sebelum melakukan transaksi menggunakan perkhidmatan Semak Mule atau memuat turun aplikasi Whoscall bagi mengurangkan risiko ditipu,” katanya.

Tambah beliau, mangsa penipuan perlu segera menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 untuk tindakan awal menyekat pengaliran wang keluar daripada akaun suspek.

- mohon beringat, sekiranya harga terlalu murah dari pasaran, kemungkinan besar ia adalah scammer-

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Berikut antara 5 jenis scam paling popular dalam group Facebook kereta yang kau patut awas:  
Berita Domestik
Menurut pengadu, seorang lelaki dikenali Lim Voi Heng berusia 48 tahun yang menawarkan untuk…
Berita Domestik
Menceritakan kejadian malang menimpanya, mangsa berkata, dia berhasrat membeli kereta dan memuat…