Terperangkap bawah Civic, lelaki malang ini berjaya diselamatkan oleh polis

oleh Mohamad Hanif|
Jika diberikan ruang (rumah dengan laman yang luas) dan masa, ramai di antara kita yang gemar melakukan sendiri (DIY) segala macam modifikasi terhadap kereta persendirian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, semangat untuk DIY perlu juga diiringi dengan aspek keselamatan yang menyeluruh agar tiada sebarang kecederaan yang diingini berlaku.

Seperti contoh yang berlaku di Arizona, seorang lelaki terpaksa menahan sakit akibat terperangkap di bawah Honda Civic miliknya.

Syukur, pihak berkuasa datang tepat pada masanya apabila lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang datang tiga minit selepas laporan dibuat.

 


Sejurus selepas itu, pasukan paramedik, bomba dan ambulans tiba ditempat kejadian untuk memberikan rawatan kepada mangsa.

Pegawai yang bertugas melaporkan, sekiranya bantuan tidak diberikan dalam tempoh segera, tekanan terhadap dada mangsa akan menjadi semakin kuat berkadaran dengan masa.

Jika diperhatikan berdasarkan video rakaman, saiz badan lelaki tersebut tidaklah terlalu besar (dan gemuk), namun ia tetap memberikan impak kepada bahagian dada disebabkan jarak kelegaan tanah Honda Civic hanyalah sekitar 132 mm sahaja.

Sumber: YouTube Police Activity