Tersilap menetap lokasi, penumpang Uber dikenakan bayaran RM180,492

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Gara-gara tersilap menetap lokasi, seorang penumpang Uber di United Kingdom (UK) terkejut selepas dikenakan bayaran sebanyak 35,000 pound (RM180,492) untuk perjalanan yang hanya mengambil masa selama 15 minit!


Kesilapan adalah dari pemandu e-hailing tersebut yang tersilap menetapkan lokasi yang berada di sebuah bandar di Australia dan bukan di United Kingdom!

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under-Lyne kebiasaannya hanya mencecah sebanyak 10 pound (RM51.57). 

 

Kaplan menempah perkhidmatan e-hailing itu untuk ke lokasi sejauh 6.43 kilometer (km) kerana ingin bagi bertemu dengan kawan-kawannya.  

 

Beliau telah menaiki kereta Uber dari lokasi Buxton Inn, Hyde di Greater Manchester dan diturunkan di Witchwood, sebuah pub di Ashton-under-Lyne. 

 

Bagaimanapun, keesokan harinya, Kaplan terkejut selepas mendapati syarikat Uber mengenakan bayaran sebanyak 35,427.97 pound (RM182,700) daripada akaun banknya.

 

Kaplan segera menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan Uber untuk membuat aduan mengenai bayaran melampau yang dikenakan terhadapnya.

 

“Pada mulanya mereka buntu mendengar bayaran dikenakan itu tetapi selepas menyiasat mereka mendapati lokasi ditetapkan itu adalah salah.  

 

“Entah bagaimana lokasi itu ditetapkan ke sebuah bandar di Australia dan bukannya Manchester.        

 

“Uber kemudian melaraskan tambang kepada jumlah sebenar 10 pound (RM51.57) sebelum membuat pemotongan menerusi akaun bank,” katanya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…
Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowshahi, telah mengumumkan akan menutup pejabat mereka di…