Tersilap tekan pedal, Myvi rempuh pintu kaca pasaraya

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu kereta tertekan pedal minyak sebelum merempuh pintu masuk sebuah pasar raya di Puchong semalam dan menyebabkan seorang pekerja lelaki restoran makanan segera cedera.


Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, pemandu warga emas Perodua Myvi yang berusia 64 tahun dikatakan baru selesai membeli-belah di pasar raya berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, ketika kereta berkenaan mula sedang bergerak secara tiba-tiba pemandu berkenaan tertekan pedal minyak hingga merempuh cermin pasar raya terbabit.

 

"Kenderaan itu turut melanggar seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga pekerja di restoran makanan segera di pasar raya berkenaan.

 

"Mangsa yang cedera dibantu orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan sedang dirawat di Zon Kuning Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

"Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata kejadian dipercayai berlaku…
Berita Domestik
  Kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu dipercayai berlaku selepas pemandu kereta jenis Proton…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dalam kejadian jam 2…