Tertiris! Xpeng P7 Baharu Muncul Dengan Rekaan Liftback, Pelancaran Ogos Ini

oleh Qalif Latif|
Xpeng semakin hampir melancarkan versi baharu model elektrik P7 mereka, dan kali ini tampil dengan rekaan liftback serba baharu yang menggantikan bentuk sedan konvensional generasi sebelumnya. Imej-imej intip awal (spyshot) yang tersebar di media sosial China turut menunjukkan unit berwarna ungu sedang menjalani penggambaran promosi mengesahkan rekaan luaran yang lebih agresif dan aerodinamik.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

P7
Rekaan Lebih Dinamik, Lampu Lebih Tajam

Rekaan luaran baharu P7 kini tampil lebih ‘streamlined’ dan moden, dilengkapi lampu hadapan LED yang lebih tajam serta lampu belakang jenis ‘connected tail lamp’ untuk memberi efek visual lebih lebar. Profil sisi pula menampakkan siluet fastback dengan pendekatan coupe-style yang lebih seksi berbanding model sebelumnya.

P7
Xpeng P7 sedang dalam pengambaran video komersial


Saiz Lebih Besar, Dua Varian Trenkuasa

Berdasarkan dokumen homologasi di China, dimensi model ini adalah:

  • Panjang: 5,017 mm

  • Lebar: 1,970 mm

  • Tinggi: 1,427 mm

  • Jarak roda: 3,008 mm

P7 baharu akan ditawarkan dalam dua pilihan pacuan – RWD dan AWD.

  • Varian RWD: Motor tunggal berkuasa 270 kW

  • Varian AWD: Gabungan motor 167 kW (depan) + 270 kW (belakang), jumlah output 437 kW

Bateri dan Jarak Gerak: Sampai 820 km!

Model ini menawarkan dua pilihan pek bateri:

  • 74.9 kWh

  • 92.2 kWh

Mengikut kitaran ujian CLTC:

  • RWD standard: 702 km

  • RWD long-range: 820 km

  • AWD: 750 km

P7
Kesemua varian menyokong platform 800V berasaskan teknologi 
silicon carbide (SiC) serta sistem pengecasan pantas 5C, yang turut digunakan pada Xpeng G7 mampu menambah sehingga 436 km dalam masa hanya 10 minit!

Sumber:
📎 CarNewsChina – New Xpeng P7 confirmed as liftback in spy shots

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, Xpeng turut menawarkan teknologi tersebut untuk pengeluar jenama lain, dan Volkswagen…
Berita Global
Reka bentuk natural dengan pergerakan manusiawi Iron dibina dengan pendekatan biomimikri. Struktur…
Berita Global
Reka Bentuk Luaran XPeng mengekalkan falsafah reka bentuk “Land Aircraft Carrier” pada model X9…