Tesla akan lancar Model 3 di India pada hujung 2021

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat kenderaan elektrik (EV) paling popular di dunia, Tesla sudah mula membawa masuk beberapa unit Model 3 untuk ujian rasmi di India.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan dari CNBC TV18, unit-unit untuk ujian itu akan tiba di India adlam bulan Julai atau Ogos untuk menjalani ujian kelulusan ARAI (Automotive Research Authority India) serta lain-lain pemeriksaan sebelum dibenarkan penjualan secara rasmi di negara tersebut.

Tesla juga akan mula membuka dewan-dewan pameran di bandar-bandar besar dahulu untuk mengkaji permintaan pasaran di negara tersebut.

Di samping itu, Tesla juga sedang mempelajari undang-undang India dan sebarang bantuan dari kerajaan negara itu berkaitan usaha mereka untuk membuka kilang EV dan juga bateri.

Tesla India akan memiliki kesemua dewan pameran di negara itu tetapi pusat servis akan menggunakan sistem francais sahaja. Ini ialah kerana EV tidak memerlukan perkhidmatan servis yang kerap kerana ia tidak mempunyai enjin.

Jangkaan pelancaran Model 3 secara rasmi di India ialah pada penghujung tahun ini kerana syarikat itu masih sedang mencari kakitangan yang bakal mengendalikan urusniaganya di sana.

 

 

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…