Tesla bakal berhadapan tindakan undang-undang akibat pencemaran sumber air di Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar kenderaan elektrik Tesla bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada kerajaan Jerman setelah siasatan dijalankan berhubung pemasangan paip pembuangan sisa industri berdekatan dengan kawasan sumber air minuman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Bradenburg Ministry of the Enviroment, terdapat saluran paip dikesan di kawasan pembinaan kilang Gigafactory Tesla ketika sedang menjalankan pemeriksaan rutin.

Pihak kementerian telah membuka siasatan terhadap Tesla berhubung sistem perpaipan yang tidak sah, dan boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Menurut pakar, dimensi dinding tunggal paip tersebut tidak cukup tebal untuk mengelakkan sisa bahan industri yang mengalir menerusi saluran tersebut meresap ke kawasan sumber air minuman tempatan.

"Hal ini dilihat menghancurkan dasar kepercayaan yang saya anggap ada, sekurang-kurangnya antara pihak berkuasa perlesenan dan Tesla," ujar Thorsten Deppner, peguam persatuan alam sekitar Bradenburg.

Sebelum ini, Elon Musk lantang mengkritik kerajaan Jerman disebabkan birokrasi yang melambatkan proses pembukaan kilang baharu di sana, serta 'tidak faham akan usaha Tesla untuk memerangi perubahan iklim'.

Kedengaran ironi, bukan?

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…