Tesla bangunkan bateri 'tabless', mampu perbaiki jarak operasi EV

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu acara Battery Day yang diadakan baru-baru ini, Elon Musk selaku CEO Tesla telah memperkenalkan rekaan bateri baharu yang digelar sebagai 'tabless battery'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bateri baharu ini dikatakan mampu untuk mengurangkan kos produksi dan dalam masa yang sama mampu meningkatkan jarak operasi kenderaan elektrik.

Ciri yang dipanggil sebagai 'tab' pada struktur binaan bateri yang digunakan untuk membentuk sambungan antara sel telah dibuang, dan menurut Elon lagi, ia mampu mempunyai lima kali ganda kapasiti tenaga, enam kali lebih berkuasa dan mampu memberikan 16 peratus peningkatan jarak operasi.

Tesla merujuk sel bateri baharu ini sebagai 4680 (46 mm x 80 mm).

 


Walaupun binaan sel 4680 ini lebih besar berbanding sel bateri Tesla sedia ada (2710), bateri 'tabless' ini dikatakan mampu mengurangkan kos produksi per kWh, dan membolehkan Tesla membina lebih banyak model EV yang lebih mampu milik ($25,000 atau RM103 ribu) pada masa akan datang.

Harus diingat, pek bateri yang digunakan oleh Tesla sebelum ini disumberkan oleh syarikat seperti Panasonic, CATL, dan LG Chem, namun bateri rekaan baharu tabless ini akan dibina sendiri oleh Tesla.

 


Berita berkenaan sel bateri baharu ini hadir ketika Tesla mendedahkan secara rasmi model baharu Tesla Model S Plaid yang mampu menghasilkan 1,100 kuasa kuda dan jarak operasi melebihi 837 km.

Varian terbaharu Model S itu dikuasakan oleh gandingan tiga motor elektrik yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang dua saat, pecutan suku batu bawah sembilan saat dan kelajuan tertinggi 320 km/j.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…